Rencana : COVID-19: Kes Aktif Berbaki 25,769 Kes


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman  TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 24 Sept hingga pukul 11:59mlm 30 Sept 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.84 juta kes. Di peringkat global, lebih 622 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.54 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 602 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysia masih mempunyai sebanyak 25,769 kes aktif COVID-19 setakat semalam (30 Sept) dengan 95.9 peratus (24,713 kes) menjalani kuarantin di rumah. Kes harian baharu COVID-19 sepanjang bulan September ini terus kekal di bawah paras 2,500 dengan 2,007 dilaporkan semalam (30 Sept) termasuk 12 kes import. Setakat ini, kes terendah untuk September adalah sebanyak 1,186 (26 Sept) dan tertinggi sebanyak 2,445 (28 Sept). -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments