Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Lepasi Angka 2,000


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 8 Okt hingga pukul 08:09PG 15 Okt 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.86 juta kes. Di peringkat global, lebih 629 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.5 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 608 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu negara minggu ini melepasi angka 2,000 selama dua hari berturut-turut iaitu pada 13 Oktober (2,090) dan 14 Oktober (2,231). Jumlah kes harian baharu untuk tempoh seminggu Rangkuman Mingguan Bernama (8 Oktober-14 Oktober) adalah sebanyak 11,561 berbanding tempoh seminggu 1 Oktober-7 Oktober iaitu 11,017 kes. Kali terakhir angka kes harian baharu negara melepasi angka 2,000 ialah pada 30 Sept 2022 sebanyak 2,007 kes. Kes terendah untuk tempoh Rangkuman ini sebanyak 1,241 kes pada 10 Oktober. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments