Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Lepasi 3,000, Jumlah Seminggu 16,346 Kes


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 22 Okt hingga pukul 11:59mlm 28 Okt 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.89 juta kes. Di peringkat global, lebih 635 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.59 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 614 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 negara melepasi angka 3,000 semalam (28 Okt), iaitu 3,296 menjadikan jumlah kes untuk seminggu ini (Rangkuman Mingguan Bernama 22 Okt-28 Okt) meningkat sekitar 17 peratus kepada 16,346 kes. Ini berbanding 13,930 kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh yang sama, 15 Okt hingga 21 Okt 2022. Kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,893,733. Kali terakhir negara mencatat kes harian melepasi angka 3,000 adalah pada 26 Ogos 2022 iaitu sebanyak 3,118 kes. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments