Rencana : COVID-19: Sebanyak 9,330 Kes Baharu Dilapor Untuk Enam Hari Lepas


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 8 Okt hingga pukul 12:00tgh 14 Okt 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.86 juta kes. Di peringkat global, lebih 628 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.56 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 607 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 9,330 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk tempoh Rangkuman Bernama 8 Okt - 13 Okt 2022 dengan kes tertinggi semalam (13 Oktober) sebanyak 2,090 kes. Jumlah kes harian baharu untuk tempoh yang sama minggu lepas (1 Okt-6 Okt) adalah sebanyak 9,229 kes. Kali terakhir angka kes harian baharu negara melepasi angka 2,000 ialah pada 30 Sept 2022 sebanyak 2,007 kes. Kes terendah untuk tempoh Rangkuman ini sebanyak 1,241 kes pada 10 Oktober. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments