Rencana : Dulu Sajian Istana Terengganu, Kini Keunikan Tart Nangka Dikongsi Jelata


Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) -- Umum sudah terlazim dengan tart nanas - sejenis “biskut raya” yang lemak gebu dengan keenakan masam manis buah nanas dan cair di dalam mulut - namun bagaimana pula dengan tart nangka? Bukan sesuatu yang menghairankan jika ramai yang tidak tahu akan kewujudannya. Malah, penulis juga hanya mengetahuinya semasa berkunjung ke sebuah reruai di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, di Serdang, Selangor pada Ogos lepas. Hakikatnya, tart nangka adalah sajian istana Terengganu pada zaman dahulu dan hanya dinikmati oleh golongan bangsawan semasa keraian tertentu. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments