Rencana : Ke Arah Negara Menua, Malaysia Perlukan Lebih Banyak Fasiliti Rehabilitasi


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sekalipun perubatan rehabilitasi telah menembusi industri penjagaan kesihatan negara ini sebagai perubatan khusus sejak lebih 20 tahun lalu, perkhidmatan sedemikian masih tidak banyak ditawarkan. Di negara Asia lain seperti China dan Korea Selatan misalnya, sistem penjagaan kesihatan mereka menyediakan program pemulihan yang khusus untuk memastikan pesakit benar-benar pulih selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan akut seperti angin ahmar dan pembedahan, serta  bagi masalah ortopedik, neurologi dan lain-lain.  Menurut pakar industri, sektor ini, termasuk rawatan pemulihan yang intensif dan komprehensif, dijangka berdepan peningkatan permintaan berikutan Malaysia diunjur berstatus negara menua menjelang 2030. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments