Rencana : Penting Buat Saringan Kanser Payudara Tapi Masih Ramai Tak Peduli


Oleh Nina Muslim KUALA LUMPUR (Bernama) -- Adik perempuan Fatimah Ibrahim, Maimumah meninggal dunia kerana kanser payudara beberapa dekad lalu, justeru apabila beliau berasa seperti ada ketulan kecil pada payudara kanannya ketika mahu memakai coli, rasa cemas menyelubungi dirinya. “Perkara itu berlaku pada tahun 2008, usia saya masa itu 65 tahun. Saya fikir saya kena bertindak segera. (Adik tu) pun, dia dah terlepas kan. Pasal dia tak tahu, kes dia dah terbiar. Nak merawat pun, benda tu dah merebak,” beliau berkongsi kisahnya dengan Bernama ketika dihubungi di rumah kediamannya di Perak. Tanpa berlengah, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini kemudiannya ke hospital, membuat mamogram dan biopsi, yang hasilnya mengesahkan beliau menghidap peringkat awal kanser payudara Tahap II.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments