Rencana : Sebanyak 13,050 Kes Harian Baharu COVID-19 Dikesan Untuk Enam Hari Lepas


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 22 Okt hingga pukul 12:00tgh 28 Okt 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.89 juta kes. Di peringkat global, lebih 634 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.58 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 613 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 untuk enam hari lepas (Rangkuman Mingguan Bernama 22 Okt-27 Okt) meningkat sekitar 12 peratus kepada 13,050 dengan angka tertinggi dicatat semalam (27 Okt) sebanyak 2,762 kes. Daripada 2,762 kes itu, lapan (8) adalah kes import dan lima (5) daripadanya dikesan di Melaka dan masing-masing satu (1) di Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak .  Ini berbanding 11,674 kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh yang sama, 15 Okt hingga 20 Okt lepas. Kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,890,437. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments