Oleh Balkish Awang Bencana banjir di beberapa buah negeri termasuk Selangor pada Disember 2021 yang memusnahkan harta benda dan meragut nyawa mengejutkan banyak pihak. Walaupun sudah hampir setahun berlalu, kebanyakan mangsa masih terkesan dan trauma dengan tragedi yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila berlaku hujan lebat. Rencana ini adalah hasil tinjauan Bernama ke Hulu Langat baru-baru ini dan perkongsian penduduk mengenai kebimbangan kemungkinan banjir berlaku menjelang hujung tahun ini ditambah pula ramalan peralihan Monsun Timur Laut yang tiba lebih awal. HULU LANGAT (Bernama) -- Bagi Serinomal Hanapi, 65, tanggal 18 Disember 2021 tidak mungkin luput daripada ingatannya kerana peristiwa hitam banjir besar yang melanda kawasan Hulu Langat termasuk kampung kediamannya, Batu 22 Kampung Sungai Lui. Beliau yang mesra membahasakan dirinya “awok” memberitahu Bernama, pada hari kejadian, beliau dan rakannya melakukan kerja gotong-royong kenduri kahwin di sebuah rumah di kampung berkenaan. Hujan sudah turun semasa mereka bergotong-royong dan rakannya tidak habis-habis menyoal mengapa hujan masih tidak berhenti. -BERNAMA
0 Comments