Rencana : COVID-19: Jumlah Kes Baharu Enam Hari 21,539 Dengan 41 Kematian


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 5 Nov hingga pukul 12:00tgh 11 Nov 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.94 juta kes. Di peringkat global, lebih 639 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.61 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 618 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 21,539 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan sepanjang enam hari lepas (5 Nov hingga 10 Nov 2022) dengan 41 kes kematian. Jumlah kes harian baharu itu meningkat sekitar tiga (3) peratus berbandiing 20,874 kes untuk tempoh yang sama (29 Okt hingga 3 Nov 2022) dengan 17 kes kematian. Untuk bulan November setakat ini, angka kes harian melepasi paras 4,000 hanya pada 3 Nov (4,711), 4 Nov (4,360) dan 5 Nov (4,621). Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments