Rencana : COVID-19: Jumlah Kes Baharu Enam Hari Menurun Kepada 16,478 Kes


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 12 Nov hingga pukul 12:00tgh 18 Nov 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.96 juta kes. Di peringkat global, lebih 641 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.62 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 621 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu COVID-19 negara menurun sepanjang enam hari lepas kepada 16,478 kes (12 Nov-17 Nov) berbanding 21,539 kes pada tempoh yang sama (5 Nov-10 Nov). Sepanjang tempoh enam hari itu, kes COVID-19 kekal bawah paras 4,000 dan semalam (17 November), Malaysia mencatat sebanyak 3,457 kes harian baharu COVID-19 termasuk sembilan (9) kes kematian dan dua (2) kes import. Daripada 3,457 kes, negeri Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 1,187 diikuti oleh WP Kuala Lumpur (322), Sabah (266), Melaka (262), Pulau Pinang (216), Kedah (171), Pahang (159), Sarawak (158), Negeri Sembilan (146), Perak (139), WP Putrajaya (131) dan Kelantan (124). -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments