Rencana : COVID-19: Jumlah Kes Harian Baharu Seminggu 24,784; Kes Kematian 45


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 5 Nov hingga pukul 11:59mlm 11 Nov 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.94 juta kes. Di peringkat global, lebih 639 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.61 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 619 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 24,784 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk tempoh seminggu (5 Nov hingga 11 Nov 2022) dengan 45 kes kematian. Ini berbanding 25,184 kes untuk tempoh yang sama (29 Okt hingga 4 Nov 2022) dengan 18 kes kematian. Untuk bulan November setakat ini, angka kes harian melepasi paras 4,000 hanya pada 3 Nov (4,711), 4 Nov (4,360) dan 5 Nov (4,621). Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments