Rencana : COP15: Tidak Semua Puas Hati Dengan Kandungan Kunming-Montreal GBF


Oleh Soon Li Wei Artikel ini bersempena  2022 CBD COP15 Fellowship anjuran  Internews' Earth Journalism Network. MONTREAL (Kanada) (Bernama) -- Selepas empat tahun berunding termasuk penangguhan disebabkan pandemik COVID-19, Rangka Kerja Biodiversiti Global (GBF) Kunming-Montreal akhirnya dipersetujui oleh negara peserta  mesyuarat ke-15 Persidangan Parti-Parti (COP15) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini, awal pagi 19 Dis waktu tempatan.  Perjanjian itu menyaksikan negara peserta bersetuju, antara lain, menerima guna 23 sasaran yang ditetapkan bagi memulihara alam semula jadi dan melindungi serta mencegah kepupusan spesies menjelang 2030.   GBF yang bertunjangkan Matlamat 30x30, menuntut komitmen negara peserta untuk memulihara sekurang-kurangnya 30 peratus daripada daratan, perairan pedalaman, kawasan pantai dan lautan global, serta mengembalikan 30 peratus kawasan daratan dan persekitaran marin yang telah mengalami kemerosotan.   -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments