Rencana : COVID-19: Hanya 7,571 Kes Harian Baharu Minggu Ini, Susut 34 Peratus


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 10 Dis hingga pukul 11:59mlm 16 Dis 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.01 juta kes. Di peringkat global, lebih 657 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.66 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 631 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 tiga angka dilaporkan dua hari berturut-turut untuk tempoh Rangkuman 10-16 Dis 2022 dengan jumlah kes seminggu sebanyak 7,571, susut 34 peratus berbanding minggu sebelumnya. Kes harian tiga angka dilaporkan pada 11 Disember (867 kes) dan 12 Disember (809 kes). Untuk rekod, kali terakhir negara mencatat kes tiga angka adalah pada 29 Mac 2021 iaitu 941 kes. Selain pada 11 dan 12 Disember, kes harian baharu kekal bawah 1,500 kes untuk tempoh Rangkuman ini iaitu 1,315 (10 Dis), 1,040 (13 Dis), 1,241 (14 Dis), 1,161 (15 Dis) dan 1,138 (16 Dis). -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments