Rencana : Covid-19: Jumlah Kumulatif Lepasi Angka Lima Juta Kes


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 3 Dis hingga pukul 12:00tgh 9 Dis 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.0 juta juta kes. Di peringkat global, lebih 652 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.6 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 628 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kumulatif kes COVID-19 Malaysia melepasi angka lima (5) juta pada Ahad lepas dan setakat semalam (8 Disember), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 5,006,855 kes. Pada Ahad 4 Disember, jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 5,000,332 dengan kes harian baharu COVID-19 negara berada bawah paras 2,000 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (3 Dis-8 Dis 2022). Jumlah kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh Rangkuman ini susut hampir 25 peratus kepada 9,891 kes berbanding 13,169 kes untuk tempoh 26 Nov-1 Dis 2022. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments