Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Terkawal, Kes Aktif 24,467


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 26 Nov hingga pukul 12:00tgh 2 Dis 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.99 juta kes. Di peringkat global, lebih 648 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.64 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 626 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR(Bernama) -- Sebanyak 13,169 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk tempoh enam hari Rangkuman Mingguan ini (26 Nov-1 Dis 2022), susut sekitar 13 peratus berbanding 15,134 kes untuk tempoh 19 Nov-24 Nov 2022. Angka kes baharu kekal bawah paras 3,000 sepanjang tempoh Rangkuman ini dan semalam (1 Disember), sebanyak 2,375 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan termasuk 11 kes kematian dan empat (4) kes import. Untuk rekod, sebanyak 51 kes kematian dilaporkan untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara akibat COVID-19 sebanyak 36,695 kes.  Angka kes kematian tinggi dilaporkan pada 30 November sebanyak 17 kes . -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments