Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Minggu Ini Bawah Paras 2,000


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 3 Dis hingga pukul 11:59mlm 9 Dis 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.0 juta juta kes. Di peringkat global, lebih 652 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.6 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 628 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 negara kekal bawah paras 2,000 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini (3 Dis-9 Dis 2022) dengan kes aktif tinggal sebanyak 20,468. Jumlah kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh Rangkuman ini turut susut sebanyak 26.3 peratus kepada 11,488 kes berbanding 15,590 kes untuk tempoh 26 Nov-2 Dis 2022. Semalam (9 Disember) sebanyak 1,597 kes harian baharu dilaporkan termasuk enam (6) kes kematian dan lima (5) kes import.  Untuk bulan Disember 2022 setakat ini, kes terendah dicatat pada 4 Disember sebanyak 1,502. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments