Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Bawah 3,000; Kes Aktif 24,053


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 26 Nov hingga pukul 11:59mlm 2 Dis 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.99 juta kes. Di peringkat global, lebih 649 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.64 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 626 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu COVID-19 minggu ini (26 Nov-2 Dis 2022) terus terkawal dengan sebanyak 15,590 kes dilaporkan, susut sekitar 14 peratus berbanding 18,158 kes untuk tempoh 19 Nov-25 Nov 2022. Angka kes baharu kekal bawah paras 3,000 sepanjang tempoh Rangkuman ini dan semalam (2 Disember), Malaysia mencatat sebanyak 2,421 kes harian baharu termasuk sembilan (9) kes kematian dan dua (2) kes import. Untuk rekod, sebanyak 60 kes kematian dilaporkan untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara akibat COVID-19 sebanyak 36,704. Angka kes kematian tinggi dilaporkan pada 30 November sebanyak 17 kes. ​​​​​​​ -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments