Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 24 Dis hingga pukul 11:59mlm 30 Dis 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.02 juta kes. Di peringkat global, lebih 664 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.69 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 636 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Menjelang penutup tahun 2022, kes harian baharu Malaysia kekal tiga angka dengan paras terendah sebanyak 423 kes sahaja dilaporkan pada 27 Disember lepas. Sepanjang Rangkuman Bernama 24 Dis - 30 Dis 2022, jumlah kes hanya sebanyak 4,020 kes, susut sekitar 34 peratus berbanding pada Rangkuman Mingguan 17 Dis-23 Dis sebanyak 6,121 kes. Semalam (30 Disember), sebanyak 583 kes harian baharu dilaporkan termasuk satu (1) kes kematian dan tujuh (7) kes import. -
BERNAMA
0 Comments