Oleh Erda Khursyiah Basir KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bukan mahu merungut jauh sekali tidak bersyukur dengan apa yang dinikmati, cuma penjawat awam ini berharap pihak terlibat terutama kerajaan lebih cakna akan keperluan dan situasi semasa golongan senasib dalam kategori M40 yang tinggal di bandar. Beliau yang memperkenalkan dirinya sebagai Nurul berusia 39 tahun memberitahu Bernama, dilema yang dialaminya ini mungkin turut ditanggung oleh lebih ramai lagi golongan M40 bawahan di negara ini. Ibu kepada empat orang anak ini berkongsi kekecewaannya apabila pernah memohon bantuan tetapi gagal kerana kedudukan beliau dalam kategori M40. -BERNAMA
0 Comments