Rencana : Ganti Kuali Dengan Cangkul, Bekas Cef Gembira Jadi Usahawan Bunga Kantan


Oleh Muhammad Basir Roslan BANGI (Bernama) -- Demi menjaga ibu yang menghidap kanser payudara tahap tiga selain isteri sarat hamil anak pertama, Saqdam Zaim Arffain memutuskan untuk bertukar kerjaya, melakukan sesuatu yang bukan sahaja di luar kepakaran tetapi juga belum tentu akan hasilnya - daripada seorang tukang masak kepada usahawan tani. Enam tahun berlalu, bergelumang tanah dan keringat, ternyata lelaki berusia 31 tahun itu membuat keputusan tepat kerana hasil yang diraihnya selaku usahawan bunga kantan sekarang jauh lebih lumayan berbanding upah yang diterima sebagai cef di sebuah kilang semikonduktor.  Namun, paling penting katanya, beliau mempunyai masa untuk bersama keluarga dan menjaga ibu yang masih menjalani rawatan. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments