Rencana : Hargai, Raikan Kanak-kanak Permata Negara


Oleh Nadia Jumri KUALA LUMPUR (Bernama) -- Usianya baru lapan tahun namun adik Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila dianugerahkan Pingat Hang Tuah sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022, anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pingat yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah sebagai mengiktiraf keberanian luar biasa pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Kampung Melayu Kluang (Johor) ini menyelamatkan dua orang adiknya sewaktu berlaku kebakaran di rumah mereka pada 29 Jun 2022. Walaupun mengalami masalah penglihatan rabun jauh dan kehilangan cermin mata (ketika inisiden kebakaran itu), Muhammad Danish Rayqal dengan pantas dan tangkas bertindak mengendong Muhamad Darish Rizqe, 6, dan Nurdiya Delisha, 4. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments