Rencana : Kesedaran Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan Meningkat


Oleh Erda Khursyiah Basir KUALA LUMPUR (Bernama) -- Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah komponen penting dalam persekitaran kerja yang baik di samping faktor fizikal dan mental yang boleh mempengaruhi sebahagian besar keadaan pekerja. Risiko kemalangan pekerjaan termasuk insiden maut serta jangkitan penyakit di tempat kerja bukan sahaja boleh menjejaskan produktiviti syarikat tetapi turut berpotensi mempengaruhi aspek sosial, ekonomi dan pendapatan negara jika tidak dibendung sebaiknya.     PELBAGAI FAKTOR PENYUMBANG Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Mohd Anuar Embi, kadar kecederaan pekerjaan dan kadar kecederaan maut pekerjaan negara mencatatkan penurunan, masing-masing sebanyak 40.4 peratus dan 51.7 peratus, bagi tempoh 2018 hingga 2021.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments