Rencana : Pemuliharaan Biodiversiti Negara Di Landasan Tepat Namun Kesedaran Masih Rendah


Daripada Soon Li Wei Artikel ini bersempena 2022 CBD COP15 Fellowship anjuran Internews’ Earth Journalism Network.  MONTREAL (Kanada) (Bernama) -- "Tindakan manusia menyebabkan lebih banyak spesies diancam kepupusan global, terutamanya sekarang,” rumus Platform Dasar Sains Antara Kerajaan mengenai  Perkhidmatan Biodiversiti dan Ekosistem (IPBES) berhubung kehilangan biodiversiti pada 2019. Menurut laporan itu, kira-kira 25 peratus atau sejuta spesies berisiko mengalami kepupusan tatkala populasi manusia meningkat ke lapan bilion orang. Keadaan ini juga menyumbang kepada perubahan iklim, penggunaan berlebihan daratan dan laut, eksploitasi melampau sumber asli dan pencemaran yang menjejaskan dua pertiga daripada keluasan lautan serta kehilangan 85 peratus kawasan tanah bencah. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments