Rencana : Pos Kuala Mu Tumpuan Percutian Pencinta Alam Selepas Tamat PKP


Oleh Nurqalby Mohd Reda KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bagi pencinta alam yang ingin menikmati suasana tenang, dikelilingi hutan tropika malar hijau serta kedinginan air sungai, Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak, adalah antara destinasi ekopelancongan yang boleh dijadikan pilihan. Terletak di tanah tinggi banjaran Titiwangsa, Pos Kuala Mu dijaga dan dipelihara oleh penduduk Orang Asli suku Temiar yang menetap di situ. Teruja dengan kisah pengalaman seorang rakan yang bercuti serta menginap di sebuah chalet di Pos Kuala Mu, penulis dengan tiga orang rakan membuat keputusan untuk ke Pos Kuala Mu baru-baru ini untuk melihat sendiri keindahan  panorama yang dikongsikan itu. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments