Rencana : COVID-19: Jangkitan Terkawal, Baki 10,355 Kes Aktif


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 14 Jan hingga pukul 11:59mlm 20 Jan 2023. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.03 juta kes. Di peringkat global, lebih 672 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.74 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 644 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysia terus mencatat kes harian baharu COVID-19 bawah 400 sepanjang minggu ketiga Januari 2023 dengan rekod kes terendah 227 kes pada 16 Januari. Semalam (20 Januari), kes harian baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 285 kes termasuk lima (5) kes import dan tujuh (7) kes kematian. Kelima-lima kes import itu diaporkan di Melaka sementara empat (4) kes kematian dicatat di Selangor dan tiga (3) lagi di WP Kuala Lumpur. Sepanjang Rangkuman Bernama 14 Jan - 20 Jan 2023, hanya sebanyak 2,081 kes harian baharu dilaporkan, susut sekitar 26 peratus berbanding 2,809 kes pada Rangkuman Mingguan 7 Jan - 13 Jan 2023. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments