Rencana : Gabungan Tradisional Dan Hipster Di Kwai Chai Hong Untuk Tahun Arnab


Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) --  Meskipun cuaca agak panas, namun suasana petang di lorong 'Kwai Chai Hong' yang terletak antara Lorong Panggung dan Jalan Petaling (Petaling Street) di sini tampak lebih meriah daripada biasa.  'Kwai Chai Hong' dalam bahasa Kantonis pasar bermaksud 'Lorong Hantu Kecil' dan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina yang akan diraikan pada 22 dan 23 Januari 2023, ia semakin menjadi tumpuan orang ramai. Penulis dan 19 pengamal media serta pempengaruh berpeluang mengunjungi ke lorong itu sempena dengan perasmian pameran seni Tahun Baharu Cina bertemakan 'Taman Musim Bunga Puitis' (Poetic Spring Garden) atas jemputan Bai Chuan Management Sdn Bhd, iaitu syarikat yang menguruskan projek mengindahkan semula 'Kwai Chai Hong'.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments