Oleh Nina Muslim KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebaik melangkah masuk ke kafe kecil ini, mata pasti terarah kepada suasana “huru-hara” yang dicetuskan oleh sekumpulan si bulus lincah berkejaran dan melompat di sana-sini, menerkam pelbagai mainan yang tersedia. Keributan di kafe Meraki Jelatek itu bagaimanapun jelas menghiburkan Lili Syazwaniza Mohd Yatim, 33, sambil membelai Moon, seekor kucing baka Scottish Fold di pangkuannya. Barangkali enggan terlibat dalam kekecohan itu, si tembam yang mungkin seberat enam kilogram tersebut memilih riba Lili Syazwaniza atau Wani, sebagai “tempat selamatnya”. Si bulus milik Wani, seekor kucing jantan berwarna hitam putih persis bertuksedo, sekadar memerhati dari dalam sangkar pengangkutnya yang diletak berhampiran suami wanita itu. -BERNAMA
0 Comments