Oleh Nurqalby Mohd Reda KUALA LUMPUR (Bernama) -- Industri sawit negara terus bertumbuh di sebalik usaha pelbagai pihak, khususnya di peringkat antarabangsa, mengkritik Malaysia sebagai tidak lestari selain mengancam alam semula jadi. Malah, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), permintaan terhadap minyak sawit negara menyaksikan peningkatan memberangsangkan, dan untuk tahun ini, eksport bahan itu diunjur bertambah 3.7 peratus kepada 16.30 juta tan berbanding 15.72 tan pada tahun sebelumnya. Pada 2021, Malaysia mengeksport sejumlah 15.57 juta tan dengan peningkatan permintaan daripada negara pengimport seperti Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Jepun, Bangladesh dan Mesir. -BERNAMA
0 Comments