Rencana : Rasa Ingin Tahu Dorong Pesara Guru Jejaki Susur Galur Cina Peranakan Kelantan


Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kunjungannya ke rumah sanak saudara di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1994, mencetuskan rasa ingin tahu Wee Chong Joi tentang susur galur keluarganya dan sejarah Cina Peranakan di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Namun perasaan itu disimpan lebih 10 tahun sebelum beliau dan isteri, Tam Lye Peng, memulakan kajian pada 2005, iaitu selepas kedua-dua mereka bersara sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa, Kota Bharu. "Kami sedar perjalanan ini (kerja penyelidikan) bukannya mudah. Segalanya memerlukan persediaan rapi seperti mengenal pasti kawasan petempatan masyarakat Cina Kelantan selain membuat senarai sumber termasuk warga emas menerusi kenalan dan saudara mara,” ujarnya kepada Bernama di sini. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments