Rencana : Sabah Buktikan Malaysia Tidak Perlu Pilih Sama Ada Gajah Atau Sawit  


Oleh Soon Li Wei Artikel ini bersempena  CBD COP15 Fellowship 2022 yang dianjurkan oleh Internews' Earth Journalism Network. MONTREAL (Kanada) (Bernama) -- Selaku pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia selepas Indonesia, Malaysia juga berdepan pelbagai tohmahan yang dilontar oleh pelbagai pihak antarabangsa, khususnya tentang  kelestarian sektor itu yang didakwa dibangunkan atas “pengorbanan” flora dan fauna. Antara dakwaan mereka ialah pembukaan ladang kelapa sawit, terutama di Sabah yang merupakan negeri pengeluar sawit terbesar Malaysia,  membawa ancaman kepupusan terhadap haiwan dilindungi seperti gajah Borneo atau gajah pygmy. Namun, dokumentari mini bertajuk 'Bornean Elephants - A Journey Through A Living Landscapes’ yang ditayangkan kepada masyarakat buat pertama kali di acara sampingan bersempena mesyuarat ke-15 Persidangan Parti-Parti (COP15) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini, membuktikan gajah pygmy dan ladang kelapa sawit boleh “hidup bersama” secara harmoni. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments