Rencana : Selepas Tiga Tahun Pandemik COVID-19 Kes Aktif Berbaki 9,549


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 21 Jan hingga pukul 11:59mlm 27 Jan 2023. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.03 juta kes. Di peringkat global, lebih 674 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.75 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 646 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysia merekod sebanyak 5,035,613 kes COVID-19 dengan kes sembuh 4,989,126 dan 36,938 kes kematian setakat semalam (27 Januari), sejak pandemik penyakit berjangkit ini melanda negara pada 25 Januari 2020 Daripada kes harian baharu yang pernah memuncak melebih 30 ribu (33,406 pada 5 Mac 2022), kes harian baharu COVID-19 negara menyusut dengan kes terendah sebanyak 101 dilaporkan pada 24 Januari 2023. Untuk rekod, jumlah kes aktif COVID-19 negara pada 5 Mac 2022 adalah sebanyak 311,206. Kes aktif COVID-19 negara kini berbaki 9,549 dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,133 kes (95.6 peratus) menjalani kuarantin di rumah. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments