Rencana : Cityfarm, Projek Luar Kotak SK Jalan Ayer Panas Disiplinkan Murid


KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pendekatan di luar kotak Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Ayer Panas di sini memperkenalkan program kebun di dalam bandar, dikenali sebagai Cityfarm, untuk mendisiplinkan pelajar, memberikan pulangan berkali ganda kepada institusi itu. Bukan sahaja ia menyaksikan isu disiplin murid, terutama dari segi kedatangan lewat, diatasi hampir sepenuhnya, program itu turut menjadi pengenalan sekolah yang kini dirujuk oleh pelbagai institusi, susulan kejayaannya melaksanakan tanaman rock melon atau tembikai wangi secara fertigasi.     “Cityfarm bagaikan serampang dua mata sekolah atau sambil menyelam minum air. Ia mendidik pelajar tentang disiplin dan juga pertanian. Malah, ada murid yang mula bercucuk tanam di rumah. Program ini juga berjaya menarik minat ibu bapa dan komuniti setempat untuk terlibat sama. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments