Rencana : COVID-19: Jumlah Kes Harian Seminggu 1,969 ; Meningkat 42 Peratus


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 28 Jan hingga pukul 11:59mlm 3 Feb 2023. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.03 juta kes. Di peringkat global, lebih 675 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.76 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 648 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu COVID-19 meningkat 42 peratus untuk tempoh seminggu Rangkuman Mingguan Bernama 28 Jan hingga 3 Feb 2023 kepada sebanyak 1,969. Ini berbanding jumlah kes harian baharu untuk tempoh 21 Jan - 27 Jan 2023 iaitu 1,385 dengan kes tertinggi sebanyak 293 dicatat pada 21 Januari dan terendah, 101 pada 24 Januari. Daripada 340 kes harian baharu COVID-19 semalam (3 Februari), hanya terdapat satu (1) kes import dan tiada kes kematian dilaporkan. Sifar kematian turut dilaporkan pada 2 Februari, 1 Februari, 31 Januari dan 29 Januari. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments