Rencana : COVID-19: Jumlah Kes Seminggu 1,542; Angka Kes Kekal Bawah 300


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 11 Feb hingga pukul 11:59mlm 17 Feb 2023. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.04 juta kes. Di peringkat global, lebih 678 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.79 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 651 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 1,542 kes harian baharu COVID-19 dilaporkn untuk tempoh seminggu (11 Feb hingga 17 Feb 2023), meningkat sekitar empat peratus berbanding minggu sebelumnya, dengan angka kes masih kekal bawah 300. Untuk rekod, jumlah seminggu kes penyakit berjangkit ini untuk tempoh yang sama minggu lepas (4 Feb-10 Feb) adalah sebanyak 1,485.  Semalam (17 Februari), Malaysia mencatat 241 kes harian baharu COVID-19 termasuk satu (1) kes import dan tiada kes kematian.  Sifar kes kematian juga dilaporkan pada 16 Februari dan 12 Februari. Kes tertinggi dilaporkan minggu ini adalah pada 16 Februari sebanyak 281 kes. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments