Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 4 Feb hingga pukul 11:59mlm 10 Feb 2023. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.03 juta kes. Di peringkat global, lebih 677 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.78 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 649 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hanya terdapat 1,485 kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh seminggu 4 Februari hingga 10 Februari 2023 termasuk lapan (8) kes kematian dan 16 kes import. Ini berbanding 1,969 kes yang dilaporkan untuk tempoh 28 Jan - 3 Feb 2023 dengan kes tertinggi 340 dicatat pada 3 Februari. Semalam (10 Februari), sebanyak 255 kes harian baharu dilaporkan termasuk tiga (3) kes import dan empat (4) kes kematian. Untuk rekod, sifar kematian dilaporkan minggu ini pada 9 Feb, 8 Feb dan 5 Feb. -
BERNAMA
0 Comments