Rencana : Tiupan Merdu Seruling  Bekas 'Stuntman'  Menambat Hati Pengunjung Istana Kellie


Oleh Balkish Awang IPOH (Bernama) -- Melangkah masuk ke perkarangan Istana Kellie atau Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak, bukan sahaja keindahan reka bentuknya menambat hati tetapi juga bunyi seruling yang membuatkan penulis memanjangkan leher, ingin tahu siapa yang meniupnya. Istana Kellie adalah tempat persinggahan terakhir sewaktu penulis ‘makan angin’ dengan enam orang lagi rakan ke negeri Perak Darul Ridzuan baru-baru ini, di samping berkunjung ke beberapa lokasi popular lain. Sedang mata liar mencari-cari dari mana datangnya bunyi seruling yang merdu itu, saya kemudian terpandang seorang lelaki yang duduk di bahagian ruang legar istana, begitu asyik meniup seruling. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments