Rencana : Ceburi Bidang Ternakan Itik Ubah Hidup Azwan Zainudin


Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) --  Peribahasa Melayu “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” yang membawa maksud, sesebuah kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa usaha, begitu sesuai sekali untuk mewarnai kejayaan yang dikecapi oleh Azwan Zainudin, 30. Bekas pembantu tadbir di sebuah sekolah rendah di Jasin, Melaka ini berniaga warung tepi jalan di Rasah, Kemayan, Negeri Sembilan dengan menjual menu sarapan pagi dan pisang goreng sebelum mencuba nasib membuka sebuah kafe serta restoran di Seremban 2. Apabila perniagaan itu terpaksa ditutup kerana negara dilanda pandemik COVID-19, anak muda ini tidak cepat berputus asa, malah ia memberi semangat juang yang tinggi untuk beliau mengorak langkah serta bertukar bidang menjadi penternak dan usahawan telur itik. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments