Rencana : COVID-19: Jumlah Seminggu Kes Harian Baharu 1,513


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 4 Mac hingga pukul 11:59mlm 10 Mac 2023. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.04 juta kes. Di peringkat global, lebih 681 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.81 juta kes. Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 654,297,611. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun keempat merebak ke 229 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu seminggu ini (Rangkuman Mingguan Bernama 4 Mac-10 Mac 2023) meningkat sedikit kepada 1,513 kes berbanding tempoh yang sama minggu lepas iaitu 1,441 kes. Semalam (10 Mac), sebanyak 251 kes harian baharu dilaporkan termasuk satu (1) kes import. Tiada kes kematian semalam dan untuk rekod, kes harian tertinggi untuk bulan Mac dicatat pada 9 Mac iaitu 279 kes. Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, sifar kes kematian turut dilaporkan pada 4 Mac, 6 Mac dan 7 Mac dan 9 Mac. Hanya dua (2) kes kematian dilaporkan minggu ini.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments