Oleh Nadia Jumri PUTRAJAYA (Bernama) -- Meskipun isu pelanggaran integriti melibatkan penjawat awam menunjukkan perubahan namun usaha memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa umpamanya satu tanggungjawab yang tiada titik noktah. Dalam menekankan perkara ini, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pemerkasaan integriti golongan itu sememangnya sentiasa menjadi keutamaan dan perhatian rakyat Malaysian ketika ini. Beliau yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara Malaysia berkata, EAIC ditubuhkan bagi mencapai sasaran kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti dalam kalangan pegawai penguatkuasa serta agensi penguatkuasaan, demi memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka. -
BERNAMA
0 Comments