Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Beliau bukanlah orang kurang upaya (OKU) namun karya lukisannya cukup unik dan menarik perhatian ramai kerana dihasilkan bukan sahaja menggunakan tangan tetapi juga dua anggota badan yang lain iaitu kaki dan mulut. Begitulah kegigihan Mohd Saiful Baharom Shah, 40, atau lebih mesra disapa Cikgu Saiful yang cuba menyelami nasib golongan OKU, seterusnya diterjemahkan ke dalam teknik lukisannya. Bakat yang dimiliki guru pendidikan seni Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Kuala Kangsar, Perak itu ternyata berjaya memikat jutaan hati yang teruja menyaksikan bakat melukisnya melalui perkongsian video di platform laman sosial TikTok milik beliau. -BERNAMA
0 Comments