Rencana : Perdagangan Sosial Bantu Peniaga Jana Pendapatan Lumayan


Oleh Erda Khursyiah Basir KUALA LUMPUR (Bernama) -- Menjual produk atau perkhidmatan melalui platform media sosial semakin menjadi pilihan ramai hasil perkembangan pesat teknologi yang memungkinkan hampir semua urusan dilakukan hanya di hujung jari.  Ramai pengusaha dan pemilik perniagaan hari ini memilih teknik perdagangan sosial yang bukan sahaja mampu mengurangkan kos operasi sehingga 50 peratus bahkan meningkatkan nilai jualan sehingga menjana pendapatan lumayan. Antaranya termasuklah melalui platform SAYAJUAL.IO yang setakat ini berjaya merekodkan sebanyak RM132 juta nilai transaksi jualan dengan lebih RM20 juta komisyen dibayar kepada lebih 15,000 stokis, ejen dan dropship berdaftar sejak tahun 2022.   -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments