Rencana : Servis Baik Pulih 7Stone Helmet Semakin Dikenali


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Topi keledar yang mengalami kerosakan lazimnya akan dibuang begitu sahaja kerana ramai yang tidak tahu ia boleh dibaik pulih dan ada bengkel khusus untuk tujuan itu. Lantaran itu jugalah Mohd Azizul Adzmi, 37,  membuka bengkel 7Stone Helmet yang terletak di Batu 7, Gombak, Selangor. “Saya sering mendengar rakan-rakan mengeluh tidak ada tempat yang membaik pulih topi keledar mereka yang rosak. Dari situlah timbul idea untuk saya berkecimpung dalam bidang ini dengan membuka bengkel pada 2017,” katanya kepada Bernama. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments