Rencana : Apabila Rumput Laut "Bertemu" Gamelan


Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sambil menyelam minum air, dan Dr Jillian Ooi Lean Sim, seorang saintis marin, adalah antara contoh tepat untuk mengulas maksud peribahasa Melayu itu. Pakar dalam bidang ekosistem marin khususnya rumput laut, wanita Tionghoa ini memanfaatkan aktiviti menyelam untuk mengambil sampel dengan turut menggubah lagu berasaskan bunyi-bunyian di dalam laut, sebelum merealisasikan irama itu menggunakan alat muzik tradisional Melayu, gamelan. "Ketika saya menyelam di laut, saya dapat mendengar pelbagai bunyi, ada bunyi gelembung air, ikan dan hidupan laut yang lain. Kesemua ini saya simpan sebagai not muzik dalam minda saya, dan kemudian, saya mainkan irama itu menggunakan gamelan,” ceritanya kepada Bernama. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments