Oleh Erda Khursyiah Basir KUALA LUMPUR (Bernama) -- Dodol atau lebih popular disebut penganan oleh masyarakat Negeri Sembilan adalah antara hidangan tradisi wajib yang akan dibuat setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun begitu, proses pembuatannya bukanlah semudah disangka kerana ia memerlukan semangat serta kesabaran yang tinggi. Menyediakan penganan boleh memakan masa sehingga lima hingga tujuh jam, bergantung kepada jumlah tenaga kerja, kepakaran mengendalikan suhu api serta teknik mengacau, bagi memastikan kualiti yang terbaik. -
BERNAMA
0 Comments