Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Diisi dalam sampul kecil pelbagai warna beraneka corak, “duit raya” antara tradisi yang barangkali amat ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak, tidak ketinggalan sebahagian remaja, setiap kali tiba Aidilfitri. Sambil bersalam mencium tangan dan memohon maaf, hati mereka pasti teruja menunggu peket kecil itu yang akan dihulur oleh ibu ayah atau saudara mara. Seiring peredaran masa, pemberian duit raya juga boleh dilakukan secara dalam talian, namun peranan sampul kecil ini tidak terpinggir, dan bagi sebuah syarikat bumiputera, Fresh Print Trading, mereka memanfaatkan wahana duit raya itu bagi mengetengahkan ikon dan mercu tanda sesebuah negeri di Malaysia. -BERNAMA
0 Comments