Rencana : Suasana Rumah Kampung Pikat Pengunjung White N Black Kampung Heritage


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Selain daripada namanya yang mungkin lain daripada yang biasa, Restoran White N Black Kampung Heritage ini yang mula beroperasi pada tahun 2022, jika dilihat daripada luar mungkin kelihatan seperti biasa-biasa sahaja. Namun sebaik sahaja sampai di depan restoran dua tingkat ini, kemudian melangkah masuk melalui pintu diperbuat daripada kayu, dibeli khas dari Kampung Morten, Melaka, akan kelihatan hiasan dalaman yang banyak memaparkan identiti tradisi rumah kampung. Terletak di antara deretan rumah kedai di Jalan Kamunting, Dang Wangi (berhampiran Hotel Shangri-La), Ketua Pegawai Eksekutif White N Black Kampung Heritage, Mohd Firdaus Jamaluddin, 36, berkata, pihaknya mahu pengunjung mengimbau nostalgia zaman silam dengan membawa banyak peralatan tradisional seperti lesung penumbuk padi, tempayan air tembaga dan batok (perkakas mencedok air daripada tempurung kelapa), beca lama serta gramafon pemain piring hitam, memenuhi ruang utama restoran berkenaan. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments