Oleh Nurqalby Mohd Reda KUALA LUMPUR (Bernama) -- Dalam kesibukan menjalani ibadat Ramadan serta persiapan menyambut hari lebaran yang berbaki kira-kira dua minggu lagi, umat Islam turut diingatkan untuk menunaikan segera zakat fitrah dan tidak melengahkan-lengahkannya pada saat akhir. Namun, bagi penjawat awam, Norlela Amirul Samsudin, 35, Ramadan, tidak hanya menjadi tumpuannya untuk menunaikan zakat fitrah tetapi juga anak kelahiran Ayer Keroh, Melaka ini turut mengambil keberkatan bulan mulia ini untuk menunaikan zakat simpanan. “Lebih tiga tahun saya menunaikan zakat simpanan untuk wang simpanan ketika bulan Ramadan. Ada nasihatkan saya untuk menunaikan zakat simpanan ketika akhir tahun untuk mendapatkan pelepasan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tetapi saya tidak mahu kerana inginkan keberkatan menunaikan zakat tersebut pada bulan mulia ini. -BERNAMA
0 Comments