Rencana : Ct N Honey, Jenama Beg Tangan Songket Eksklusif Harga Patut, Pilihan Orang Kenamaan


Oleh Nurqalby Mohd Reda KUALA LUMPUR (Bernama) -- Klasik dan eksklusif serta pada harga patut, namun beg tangan buatan Siti Nor Misro tetap menjadi pilihan isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Masakan tidak, tas tangan terbabit diperbuat daripada fabrik songket yang jarang diketengahkan oleh pereka tempatan lain, sementara gandingan corak abstrak serta bunga pada fabrik dengan kombinasi warna pastel (pucat) dan terang menjadikan hasil tangan usahawan berusia 50 tahun itu tampak mewah. “Saya memang minat menjahit kerana menerusi kegiatan itu saya boleh serlahkan kreativiti. Pada masa sama, saya juga suka produk buatan tangan. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments