Rencana : Kebebasan Media Perlu Bersandarkan Perlembagaan, Rukun Negara - Pakar


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Border (RSF), sebuah badan bukan kerajaan berkenaan kebebasan media berpangkalan di Paris, menyaksikan Malaysia di tangga ke-73 daripada 180 negara, melonjak 40 kedudukan berbanding tahun sebelumnya. Dalam laporan itu yang menilai tahap kebebasan media sepanjang 2022, RSF menggambarkan Malaysia sebagai antara negara yang menunjukkan peningkatan prestasi paling ketara dan agak konsisten dalam tempoh tiga tahun berturut-turut hingga 2023, iaitu ke-113 dalam laporan 2022 dan  ke-119 pada 2021.      RSF mentakrifkan kebebasan media sebagai kemampuan wartawan, secara individu dan organisasi, untuk memilih, mengeluar dan menyebar berita berkepentingan awam tanpa campur tangan politik, ekonomi, perundangan dan sosial serta bebas ancaman terhadap keselamatan fizikal dan mental mereka.   -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments